Thursday, 5 October 2017

Menyoal Aras Tinggi

5.2.4 Teknik Menyoal Aras Tinggi 







Maksud kemahiran menyoal merupakan alat perkembangan minda yang paling penting bagi manusia. Tujuan lain bagi menyoal ialah:
  • Mengenal pasti perkara yang diketahui oleh pelajar
  • Dapat melibatkan pelajar dalam sesi pembelajaran
  • Sebagai motivasi pelajar
  • Boleh fokus terhadap sesuatu perkara
  • Dapat mengenalpasti kelemahan

Semua guru telah digalakkan untuk menyatakan soalan yang beraras tinggi untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam kelas. Antara teknik yang boleh digunakan untuk melaksanakan penyoalan aras tinggi ialah:
  • dengan menggunakan kaedah sokratik seperti guru mengemukakan pelbagai pelbagai soalan kepada murid supaya mereka mampu berfikir, menyusun dan menyedari pengalaman yang sedia ada untuk menjawab soalan dan membuat kesimpulan.
  • selain itu, guru boleh menanyakan soalan yang bertumpu serta yang bercapah.
  • bahkan, lingkaran soalan dapat menyebabkan murid untuk memberi tumpuan kepada tiga skop khusus iaitu perkara(P), individu(I), dan luar individu(LI).
Cara untuk memastikan penyoalan aras tinggi yang dikemukakan oleh guru menhjadi efektif ialah dengan:
  • Mengemukakan persoalan yang mudah difahami
  • Soalan disusun dari aras senang ke susuh
  • Guru memberi respons kepada jawapan pelajar

1 comment:

Pengurusan grafik

Pemikiran berlaku dalam minda dan kita tidak nampak proses yang berlaku. Jika guru hendak mengajar pelajar berfikir, bagaimana guru dapat  ...