1. Pengurusan Grafik
- Satu rangka yang digunakan untuk memindahkan apa yang difikirkan ke
atas kertas untuk dilihat dan disusun.
- Contohnya, isi penting sesuatu buku/pembelajaran.
- Menggunakan pemetaan/pola penyusunan
- Untuk mewakili perhubungan antara maklumat berkaitan sesuatu idea atau
fokus.
- Antara jenis pengurusan grafik yang sering digunakan :
i) Membanding dan membeza
ii) Rajah jaringan
iii) Peta konsep
iv) Carta aliran
v) Menyelesaikan masalah
Contoh :
2. Peta Minda
- Diasaskan oleh Tony Buzan (1984)
- Fungsi :
i) Cara untuk mencatat nota dengan ringkas dan berkesan.
ii) Meningkatkan daya ingatan semasa belajar.
iii) Mudah mengenalpasti dan memahami pembelajaran.
- Ia menggunakan anak panah, warna yang pelbagai dan kod-kod
yang istimewa.
- Menghubungkaitkan suatu konsep,perkara,perkataan, kata kunci
yang mempunyai perkaitan.
- Dapat menjimatkan masa untuk mengulang kaji pelajaran.
- Contohnya, peta minda digunakan untuk membuat faktor-faktor,
sebab, kaedah atau kepentingan.
Contoh :
3. Pemetaan I-Think
- Merupakan Program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK), 1994
- Diperkenalkan kepada guru sebagai alat berfikir.
- Bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dikalangan pelajar.
- Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam P&P disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi.
- Terdapat 8 peta pemikiran.
- Setiap peta mempunyai proses pemikiran berdasarkan tajuk pelajaran.
- Antaranya ialah :
a) Peta Bulatan (Circle Map)
b) Peta Buih (Bubble Map)
c) Peta Pokok (Tree Map)
d) Peta Alir (Flow Map)
e) Peta Pelbagai Alir (Multiflow Map)
f) Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)
g) Peta Dakap (Brace Map)
h) Peta Titi (Bridge Map)