Sunday, 8 October 2017

Pengurusan grafik

Pemikiran berlaku dalam minda dan kita tidak nampak proses yang berlaku. Jika guru hendak mengajar pelajar berfikir, bagaimana guru dapat  melihat proses pelajar berfikir . Yang dapat dilihat ialah hasil proses berfikir. Misalnya  dalam karangan, guru hanya dapat membaca pandangan tentang sesuatu . Oleh itu, guru perlukan suatu alat bantu untuk mengajar pelajar berfikir , untuk melihat proses berfikir dan menilai proses pemikiran pelajarnya bagi membantu meningkatkan kemahiran berfikir pelajarnya. Melalui alat itu pelajar juga dapat melihat dan mengawal proses pemikirannya. Alat yang diperlukan bukanlah sesuatu yang canggih tetapi hanyalah pengurusan grafik iaitu satu kerangka atau medan yang digunakan untuk memindahkan apa yang sedang difikirkannya dari dalam minda ke atas kertas untuk dilihat, dan disusn. Dengan pengurusan grafik, seseorang itu dapat melihat secara eksplisit proses berfikir yang berlaku dalam minda.
Kenapa pengurusan grafik diperlukan?
      Untuk merancang dan menyusun idea supaya teratur dan jelas.
       Untuk mengawal dan memahami proses pemikiran kendiri.
       Untuk menterjemahkan dan melahirkan sesuatu yang tersirat dalam bentuk yang tersurat.
      Untuk menjadikan proses berfikir lebih sistematik dan aktif.
      Untuk mengelakkan daripada berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan berkecamuk.
Faedah Menggunakan Pengurusan Grafik dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Jika pelajar diberi peluang menggunakan pengurusan grafik, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih berkesan,dan objektif yang dirancangkan akan mudah dicapai. Ini kerana melalui penggunaan pengurusan grafik, aspek-aspek berikut akan dicapai.
Tujuan mempelajari sesuatu kandungan pelajaran lebih jelas.
Tugas yang rumit menjadi lebih mudah untuk difahami dan dilakukan.
Dapat digunakan sebagai alt mecetus idea dan menyusun maklumat untuk penulisan dan lisan.
Dapat memupuk pemikiran analitis, kritis dan kreatif.
Menjadikan kandungan pelajaran lebih bermakna.
Pelajar terlibat secara aktif dalam mengemukakan cadangan dan menguji hubungkait antara maklumat.
Mengawal proses pemikiran yang bersesuain dengan pengurusan grafik yang mengambarkan proses pemikiran,  pelajar dibimbing untuk berfikir secara analitis dan krisis. Pengurusan grafik jenis ini digunakan bersama-sama peta lisa, iaitu soalan-soalan yang membimbing pelajar mengisi borang-borang pengurusan grafik.
Jenis-jenis pengurusan grafik
Pengurusan grafik membanding dan membeza
Pengurusan grafik ini amat berguna untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan. Ia boleh digunakan untuk semua mata pelajaran bagi melihat persamaan dan perbezaan di antara dua konsep atau tajuk.
Pengurusan grafik meramal kesan akibat
Dengan berpandukan pengurusan grafik membuat ramalan, pelajar akan membiasakan diri untuk membuat ramalan yang bijak, iaitu berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh. Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isu-isu tetentu bagi semua mata pelajaran.
Pengurusan grafik mengesahkan sumber maklumat.
Kita perlu mengesahkan maklumat yang diterima dengan meninjau sama ada sumber maklumat itu boleh dipercayai atau tidak. Dapatan penyelidikan perlu disahkan kebolehpercayaan. Begitu juga dengan maklumat dalam penulisan, ia perlu ditimbang secara kriris. Dengan menggunakan pengurusan grafik pelajar tahu cara untuk mengesahkan sesuatu sumber maklumat.
Pengurusan grafik idea berpusat
Pengurusan grafik ini digunakan untuk menunjukkan bahagian, kesan atau sumbangan kepada sesuatu tajuk atau idea. Ia boleh digunakan untuk membantu pelajar melihat dan menghubungkaitkan bahagian-bahagian kepada idea keseluruhan bagi semua bidang pelajaran.
Pengurusan grafik membuat kategori
Dengan berpandukan pengurusan grafik ini pelajar akan dapat membuat analisis dan klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kels yang sama.

Thursday, 5 October 2017

Menyoal Aras Tinggi

5.2.4 Teknik Menyoal Aras Tinggi 







Maksud kemahiran menyoal merupakan alat perkembangan minda yang paling penting bagi manusia. Tujuan lain bagi menyoal ialah:
  • Mengenal pasti perkara yang diketahui oleh pelajar
  • Dapat melibatkan pelajar dalam sesi pembelajaran
  • Sebagai motivasi pelajar
  • Boleh fokus terhadap sesuatu perkara
  • Dapat mengenalpasti kelemahan

Semua guru telah digalakkan untuk menyatakan soalan yang beraras tinggi untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam kelas. Antara teknik yang boleh digunakan untuk melaksanakan penyoalan aras tinggi ialah:
  • dengan menggunakan kaedah sokratik seperti guru mengemukakan pelbagai pelbagai soalan kepada murid supaya mereka mampu berfikir, menyusun dan menyedari pengalaman yang sedia ada untuk menjawab soalan dan membuat kesimpulan.
  • selain itu, guru boleh menanyakan soalan yang bertumpu serta yang bercapah.
  • bahkan, lingkaran soalan dapat menyebabkan murid untuk memberi tumpuan kepada tiga skop khusus iaitu perkara(P), individu(I), dan luar individu(LI).
Cara untuk memastikan penyoalan aras tinggi yang dikemukakan oleh guru menhjadi efektif ialah dengan:
  • Mengemukakan persoalan yang mudah difahami
  • Soalan disusun dari aras senang ke susuh
  • Guru memberi respons kepada jawapan pelajar

Thursday, 7 September 2017

ALAT-ALAT BERFIKIR

1. Pengurusan Grafik

- Satu rangka yang digunakan untuk memindahkan apa yang difikirkan ke
atas kertas untuk dilihat dan disusun.
- Contohnya, isi penting sesuatu buku/pembelajaran.
- Menggunakan pemetaan/pola penyusunan
- Untuk mewakili perhubungan antara maklumat berkaitan sesuatu idea atau
fokus.
- Antara jenis pengurusan grafik yang sering digunakan :
i) Membanding dan membeza
ii) Rajah jaringan
iii) Peta konsep
iv) Carta aliran
v) Menyelesaikan masalah


Contoh :




2. Peta Minda

- Diasaskan oleh Tony Buzan (1984)
- Fungsi :
i) Cara untuk mencatat nota dengan ringkas dan berkesan.
ii) Meningkatkan daya ingatan semasa belajar.
iii) Mudah mengenalpasti dan memahami pembelajaran.
- Ia menggunakan anak panah, warna yang pelbagai dan kod-kod
yang istimewa.
- Menghubungkaitkan suatu konsep,perkara,perkataan, kata kunci
yang mempunyai perkaitan.
- Dapat menjimatkan masa untuk mengulang kaji pelajaran.
- Contohnya, peta minda digunakan untuk membuat faktor-faktor,
sebab, kaedah atau kepentingan.


Contoh :





3. Pemetaan I-Think

- Merupakan Program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK), 1994
- Diperkenalkan kepada guru sebagai alat berfikir.
- Bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dikalangan pelajar.
- Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam P&P disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi.
- Terdapat 8 peta pemikiran.
- Setiap peta mempunyai proses pemikiran berdasarkan tajuk pelajaran.
- Antaranya ialah :
a) Peta Bulatan (Circle Map)
b) Peta Buih (Bubble Map)
c) Peta Pokok (Tree Map)
d) Peta Alir (Flow Map)
e) Peta Pelbagai Alir (Multiflow Map)
f) Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)
g) Peta Dakap (Brace Map)
h) Peta Titi (Bridge Map)

Tuesday, 5 September 2017

Mari Kenali Kami

Kami ialah pelajar PPISMP yang baru mendaftar di IPGKTB pada bulan Julai 2017. Kami mengikuti program Pengajian Tamil Sekolah Kebangsaan, bermakna apabila kami tamat mengikuti kursus perguruan yang dijangka pada tahun 2021, kami akan mengajar Bahasa Tamil di sekolah-sekolah Kebangsaan.

Blog ini dibangunkan untuk berkongsi maklumat pembelajaran dengan rakan-rakan lain yang berminat dengan keguruan.
SELVADARSHINI SELVAKUMAR
THARSHINI RAMAKRISNA
THARISINI SUBRAMANIAM
HANIS KUMAR AJINTHA KUMAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS
TUANKU BAINUN.




Pengurusan grafik

Pemikiran berlaku dalam minda dan kita tidak nampak proses yang berlaku. Jika guru hendak mengajar pelajar berfikir, bagaimana guru dapat  ...